Selamat Datang PPTTK

Selamat Datang ke Blog PPTTK...







Selasa, 31 Julai 2012

Gambar Program Memasak Bubur Lambuk

Gambar: Master Chef bercekak pinggang melihat ahli mengerjakan bubur lambuk.
Dapat juga gambar, t/kasih kepada jurufoto sdr Razak. Beberapa keping gambar dikirim, setelah ditapis dengan begitu teliti, hanya 1 keping sahaja yang lulus untuk dimasukkan ke dalam blog PPTTK. Ada lagi aktiviti? Cadangan: Jamuan Muhibbah, edar buah limau Tahun Baru Cina, sumbangan awal tahun anak2 sekolah, ...?

Isnin, 30 Julai 2012

Kemaskini Program Memasak & Edar Bubur Lambuk

... Alhamdulillah, berjalan lancar. Seperti dirancang pada Ahad 29 Julai 2012 jam 12 tengahari, petugas/sukarelawan sudah mula bergotong-royong menyiapkan bahan, diketuai Master Chef Taman Tenaga (saudara Badrul). Bubur mula diedar selepas Asar. Satu benda yang tidak kurang penting ialah terlupa merakam aktiviti ini dalam bentuk gambar/video. Tahniah & terima kasih kepada semua.

Jumaat, 27 Julai 2012

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk

Gambar hiasan, nantikan hari Ahad.

Perancangan:  hari Ahad 29 Julai 2012, lokasi ialah Jalan Tenaga 16, bermula awal pagi sekitar 9 am... dijangka siap untuk edaran selepas Asar; semua warga dijemput.

Khamis, 26 Julai 2012

Sumbangan Ramadhan 1433H

Sumbangan kepada yang memerlukan (beras, gula, kurma, air zam-zam, buah tin, etc) dan juga AJK sempena Ramadhan... foto ialah contoh sumbangan bantuan kepada yang memerlukan... AJK dapat pek kecil; selamat menjalani Ramadhan.

IKLAN:

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, dipersetujui  pada hari Ahad 29 Julai 2012, lokasi ialah Jalan Tenaga 16, bermula awal pagi sekitar 9 am... semua warga dijemput.

Harta Awam atau Peribadi?

Jika pokok buah-buahan ditanam di luar pagar, adakah ia harta awam atau milik yang menanam & menjaganya?

Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor Tahun 2013

... Pengerusi PPTTK hadir mewakili persatuan dalam isu bajet 2013, turut menyentuh keperluan taman.