Selamat Datang PPTTK

Selamat Datang ke Blog PPTTK...







Isnin, 3 Oktober 2011


Jamuan Muhibbah 2011... foto sekitar majlis, t/ksih kpd Sdr Azizi untuk foto-foto di fb beliau ini:
Banner, usahasama PPTTK & KRT... akan datang agaknya boleh tambah rakan kerjasama.
Ahli Majlis sedang memberi ucapan, ADUN Bangi (Dr Shafie Abu Bakar, duduk) tekun memberi perhatian.


Hadirin sedang menikmati pelbagai juadah; nasi tomato, ayam golek, murtabak, c.k.teow, kuih, air.
Ini pemandangan dari luar khemah, syukur dengan perjalanan majlis & cuaca yang baik.

Isnin, 26 September 2011

Isnin, 22 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa (Iftar) 2011/1432H

Edaran:

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baiknya. Persiapan agak ringkas, memandangkan kesibukan masing terutama di fasa akhir Ramadhan bagi yang mencari kurniaan berharga Ramadhan Karim. Hujan lebat kira-kira jam 4 petang bagaikan menyucikan persekitaran.

Jam 6.30 petang, sudah ramai memenuhi ruang, cuaca yang baik amat disyukuri. Ruang majlis & khemah telah disiapkan oleh AJK & hadirin. Majlis bermula dengan sedikit penerangan, diikuti dengan tahlil & doa selamat (bacaan surah YaSin tiada memandangkan kesuntukan masa).

Berikut gambar sekitar majlis, terima kasih kepada jurufoto kita.





Jutaan terima kasih kepada semua pihak, & mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan... sehingga berjumpa lagi, insyaAllah aktiviti September.

Rabu, 13 Julai 2011

Foto Sekitar Kejohanan Badminton 10 Julai 2011

Semangat, sampai di gelanggang, sudah ramai yang sedang 'warm-up', bukan pemain sahaja, beberapa keluarga datang termasuk anak kecil.
Kejohanan dirasmi oleh ADUN Bangi, Y.B. Dr Shafie Abu Bakar yang turut memberi sumbangan untuk aktiviti ini.
Meriah!


Rabu, 22 Jun 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN TENAGA KAJANG

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TENAGA KAJANG (PPTTK)
 ‘BERSATU KE ARAH KESEJAHTERAAN’
KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN TENAGA, KAJANG

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN TENAGA KAJANG
Anjuran Bersama PPTTK & KRT

TARIKH: 10 Julai 2011 (Ahad)
MASA: 8 pagi – 12 tengahari

TEMPAT: V ROX (Dewan Futsal & Badminton bertentangan Restoran Tupai-tupai, Sg Tangkas)

Syarat-syarat penyertaan adalah: -
1) Warganegara Malaysia & penduduk Taman Tenaga Kajang.
2) Membayar Yuran Penyertaan sebanyak RM3.00 seorang.
3) Pertandingan secara bergu sahaja (diundi/pilih oleh urusetia, bertujuan mengerat interaksi).
4) Lelaki & Perempuan, dari Darjah 5 – Dewasa.
5) Borang dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya 30 Jun 2011 (Khamis).

- Urusan pengangkutan adalah tanggungjawab peserta –

Untuk keterangan lanjut serta penyerahan borang & yuran, sila hubungi urusetia.
(atau, tulis dalam ruangan Ulasan di sini)

Ahad, 1 Mei 2011

Bercuti!

Hari ini sambutan Hari Pekerja (1 Mei 2011)... ke mana pergi warga Taman?

Selasa, 26 April 2011

Gambar ketika AGM

Banner...

AGM PPTTK 2011

Terima kasih kepada semua warga Taman Tenaga Kajang yang prihatin & menjayakan aktiviti kemasyarakatan PPTTK!
Selamat menjalankan amanah kepada AJK baru 2011/13.
Bersama semua warga.