Edaran:
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baiknya. Persiapan agak ringkas, memandangkan kesibukan masing terutama di fasa akhir Ramadhan bagi yang mencari kurniaan berharga Ramadhan Karim. Hujan lebat kira-kira jam 4 petang bagaikan menyucikan persekitaran.
Jam 6.30 petang, sudah ramai memenuhi ruang, cuaca yang baik amat disyukuri. Ruang majlis & khemah telah disiapkan oleh AJK & hadirin. Majlis bermula dengan sedikit penerangan, diikuti dengan tahlil & doa selamat (bacaan surah YaSin tiada memandangkan kesuntukan masa).
Berikut gambar sekitar majlis, terima kasih kepada jurufoto kita.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak, & mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan... sehingga berjumpa lagi, insyaAllah aktiviti September.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan