Selamat Datang PPTTK

Selamat Datang ke Blog PPTTK...







Selasa, 18 Disember 2012

Portable PA System

Penerimaan Sumbangan Portable PA System
 
 
Pada 17 Disember 2012 (Isnin), kira-kira jam 9.45 malam, bertempat di Restoran Romzie Taman Tenaga, berlangsungnya majlis penyerahan (sumbangan) 1 set portable PA system oleh pihak Penyelaras KRT (Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin) kepada Pengerusi KRT Taman Tenaga Kajang (Hj Shahri Hashim). Majlis ini mengambil kesempatan adanya mesyuarat AJK yang diadakan pada waktu tersebut, membolehkan para AJK turut sama menyaksikan penyerahan & mendengar amanat daripada Penyelaras KRT kita. Difahamkan sumbangan ini adalah daripada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, melalui usaha/permintaan pihak Penyelaras KRT. Terima kasih diucapkan, moga aset baru ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
 
testing, testing, testing 1,2,3,...

Pandangan hadapan set PA system.

Siap ada roda & pemegang, macam travel bag.


Tercapai hasrat penyerahan & penerimaan, Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin bersalaman dengan Hj Shahri Hashim.


Isnin, 3 Disember 2012

Futsal & Badminton

Pertandingan Futsal & Badminton Taman Tenaga 2012

02 Disember 2012

Ahad
9 pagi - 12 tengahari
di VROX, Sungai Tangkas
 
 
Objektif utama ialah untuk memupuk semangat muafakat & saling mengenali melalui aktiviti kesukanan, di samping sebagai aktiviti riadhah.
 
 
Sebanyak 4 pasukan futsal & beberapa kategori kecil perseorangan badminton telah diadakan.
 
 
Gambar-gambar di bawah menunjukkan sedikit-sebanyak suasana ketika aktiviti ini dijalankan.
 
 
Peserta sedang memanaskan badan, dari kecil hingga ke sekolah menengah bersemangat untuk bertanding.

Dua hamper, hadiah utama yang menjadi rebutan.

Para peserta futsal, boleh bentuk pasukan futsal Taman Tenaga.

Berehat, sambil pengadil (berbaju putih di dalam gelanggang) melaksanakan tugas.

Ayuh! Tunjukkan semangat kesukanan.

"Siapalah yang agaknya berjaya bawa pulang semua hadiah ni?"

Juara, dengan senyum lebar tanda puas hati.

Hamper dapat, hadiah individu pun dapat juga.

Naib juara futsal.

Pastikan semua dapat hadiah individu.

Antara hadiah individu, barangan utama ialah set alatulis berjenama & kualiti sebagai persiapan menjelang 2013.


Khamis, 29 November 2012

Futsal & Badminton

Pertandingan Futsal & Badminton 2012
 
Tarikh: 02 Disember 2012 (Ahad)
 
Masa: 9 pagi - 12 tgh
 
Tempat: V-Rox, Sg Tangkas
 
Semua warga Taman Tenaga dijemput, sukan untuk kesihatan & muafakat.

Isnin, 12 November 2012

KRT

Kejohanan Bowling KRT

 
 (Gambar diambil dengan ihsan AJK, blog Puan Fari)


Pertandingan Bowling antara AJK KRT Daerah Hulu Langat.
Pengerusi KRT, AJK besar & kecil.


2 orang peminat / penyokong tegar KRT Taman Tenaga.


Pemain harapan, fikir strategi agaknya.

Wah, strike ke?

Taman Tenaga boleh!
Ini gaya profesional.


Senarai peserta KRT Taman Tenaga.

Paparan markah KRT Taman Tenaga.

Markah keseluruhan kumpulan.

Hadiah, pembakar semangat.

Wakil KRT Taman Tenaga menerima cenderahati pertandingan.
Cenderahati, tanda ingatan.

Penyokong setia, dah penat sangat.

Selasa, 31 Julai 2012

Gambar Program Memasak Bubur Lambuk

Gambar: Master Chef bercekak pinggang melihat ahli mengerjakan bubur lambuk.
Dapat juga gambar, t/kasih kepada jurufoto sdr Razak. Beberapa keping gambar dikirim, setelah ditapis dengan begitu teliti, hanya 1 keping sahaja yang lulus untuk dimasukkan ke dalam blog PPTTK. Ada lagi aktiviti? Cadangan: Jamuan Muhibbah, edar buah limau Tahun Baru Cina, sumbangan awal tahun anak2 sekolah, ...?

Isnin, 30 Julai 2012

Kemaskini Program Memasak & Edar Bubur Lambuk

... Alhamdulillah, berjalan lancar. Seperti dirancang pada Ahad 29 Julai 2012 jam 12 tengahari, petugas/sukarelawan sudah mula bergotong-royong menyiapkan bahan, diketuai Master Chef Taman Tenaga (saudara Badrul). Bubur mula diedar selepas Asar. Satu benda yang tidak kurang penting ialah terlupa merakam aktiviti ini dalam bentuk gambar/video. Tahniah & terima kasih kepada semua.

Jumaat, 27 Julai 2012

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk

Gambar hiasan, nantikan hari Ahad.

Perancangan:  hari Ahad 29 Julai 2012, lokasi ialah Jalan Tenaga 16, bermula awal pagi sekitar 9 am... dijangka siap untuk edaran selepas Asar; semua warga dijemput.

Khamis, 26 Julai 2012

Sumbangan Ramadhan 1433H

Sumbangan kepada yang memerlukan (beras, gula, kurma, air zam-zam, buah tin, etc) dan juga AJK sempena Ramadhan... foto ialah contoh sumbangan bantuan kepada yang memerlukan... AJK dapat pek kecil; selamat menjalani Ramadhan.

IKLAN:

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, dipersetujui  pada hari Ahad 29 Julai 2012, lokasi ialah Jalan Tenaga 16, bermula awal pagi sekitar 9 am... semua warga dijemput.

Harta Awam atau Peribadi?

Jika pokok buah-buahan ditanam di luar pagar, adakah ia harta awam atau milik yang menanam & menjaganya?

Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor Tahun 2013

... Pengerusi PPTTK hadir mewakili persatuan dalam isu bajet 2013, turut menyentuh keperluan taman.

Isnin, 21 Mei 2012

Sukaneka Tahun Baru India DUN Bangi 2012

Aktiviti ini ialah kerjasama Persatuan India Taman Tenaga (PITT) & Pejabat DUN Bangi, manakala pihak Persatuan Penduduk Taman Tenaga Kajang (PPTTK) turut menyumbang 'sedikit' idea, tenaga dan tajaan.
Banner, di persimpangan Jalan Tenaga 9.

Persiapan sedang rancak.

Sedikit tajaan minuman oleh PPTTK.

Ini dia orang kuat Pejabat ADUN, di belakang beliau ialah sumbangan.

Orang kuat persatuan...

Anyam kak, bagi cantik ya.

Lagi, orang kuat.

Bos Kebajikan & En Hari (DHPP).

ADUN Bangi, YB Dr Shafie tiba, diiringi Cikgu Gobi (Pengerusi PITT).

Antara hadirin, ini baru sebahagian.

Kehadiran MP Serdang, YB Teo, diapit oleh Pengerusi & mantan Pengerusi PITT.

Cenderahati oleh PITT kepada PPTTK.

Ucapan oleh YB ADUN Bangi.



Ucapan oleh Ahli Majlis MPKj, Tuan Haji Shafie Ngah.

Bergambar beramai-ramai.


Isnin, 23 April 2012

Hari Polis Bersama Penduduk Taman Tenaga Kajang

Persiapan... "Mari semua, kakak, abang, adik"
Cenderahati kepada Polis Kajang & Sg Tangkas, sijil kepada pesilat, goodies, ...


Hadiah oleh Pejabat Kesihatan yang turut sama memeriahkan program, berserta maklumat aedes.


Contoh nyamuk aedes.

Pameran Kesedaran Denggi/Aedes.

Bacaan doa oleh Pakcik Bakri.

Pertunjukan silat cekak Ustaz Hanafi.
Wah! Jangan rapat, nanti kena lipat.

Sesi soal jawab, tanya jangan tak tanya.

Wakil Jabatan Perpaduan.

Ini lah gajet utk cari jentik-jentik.

Antara anak-anak yang memenangi peraduan.
"Bang, kat belakang yang pegang buku nota kecil tu reporter ke? Boleh masuk paper ni..."
Setelah penat berdialog, masa untuk menjamu selera.

Bergambar bersama VIP.



Terima kasih kepada semua yang terlibat, namun program ini adalah untuk kebaikan bersama & tahniah kerana menghadirkan diri dan mendapat maklumat terus daripada pihak berkuasa.