Penerimaan Sumbangan Portable PA System
Pada 17 Disember 2012 (Isnin), kira-kira jam 9.45 malam, bertempat di Restoran Romzie Taman Tenaga, berlangsungnya majlis penyerahan (sumbangan) 1 set portable PA system oleh pihak Penyelaras KRT (Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin) kepada Pengerusi KRT Taman Tenaga Kajang (Hj Shahri Hashim). Majlis ini mengambil kesempatan adanya mesyuarat AJK yang diadakan pada waktu tersebut, membolehkan para AJK turut sama menyaksikan penyerahan & mendengar amanat daripada Penyelaras KRT kita. Difahamkan sumbangan ini adalah daripada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, melalui usaha/permintaan pihak Penyelaras KRT. Terima kasih diucapkan, moga aset baru ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
![]() |
testing, testing, testing 1,2,3,... |
![]() |
Pandangan hadapan set PA system. |
![]() |
Siap ada roda & pemegang, macam travel bag. |
![]() |
Tercapai hasrat penyerahan & penerimaan, Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin bersalaman dengan Hj Shahri Hashim. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan