Selamat Datang PPTTK

Selamat Datang ke Blog PPTTK...







Selasa, 18 Disember 2012

Portable PA System

Penerimaan Sumbangan Portable PA System
 
 
Pada 17 Disember 2012 (Isnin), kira-kira jam 9.45 malam, bertempat di Restoran Romzie Taman Tenaga, berlangsungnya majlis penyerahan (sumbangan) 1 set portable PA system oleh pihak Penyelaras KRT (Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin) kepada Pengerusi KRT Taman Tenaga Kajang (Hj Shahri Hashim). Majlis ini mengambil kesempatan adanya mesyuarat AJK yang diadakan pada waktu tersebut, membolehkan para AJK turut sama menyaksikan penyerahan & mendengar amanat daripada Penyelaras KRT kita. Difahamkan sumbangan ini adalah daripada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, melalui usaha/permintaan pihak Penyelaras KRT. Terima kasih diucapkan, moga aset baru ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
 
testing, testing, testing 1,2,3,...

Pandangan hadapan set PA system.

Siap ada roda & pemegang, macam travel bag.


Tercapai hasrat penyerahan & penerimaan, Mejar(B) Abdul Rahim Mohd Amin bersalaman dengan Hj Shahri Hashim.


Isnin, 3 Disember 2012

Futsal & Badminton

Pertandingan Futsal & Badminton Taman Tenaga 2012

02 Disember 2012

Ahad
9 pagi - 12 tengahari
di VROX, Sungai Tangkas
 
 
Objektif utama ialah untuk memupuk semangat muafakat & saling mengenali melalui aktiviti kesukanan, di samping sebagai aktiviti riadhah.
 
 
Sebanyak 4 pasukan futsal & beberapa kategori kecil perseorangan badminton telah diadakan.
 
 
Gambar-gambar di bawah menunjukkan sedikit-sebanyak suasana ketika aktiviti ini dijalankan.
 
 
Peserta sedang memanaskan badan, dari kecil hingga ke sekolah menengah bersemangat untuk bertanding.

Dua hamper, hadiah utama yang menjadi rebutan.

Para peserta futsal, boleh bentuk pasukan futsal Taman Tenaga.

Berehat, sambil pengadil (berbaju putih di dalam gelanggang) melaksanakan tugas.

Ayuh! Tunjukkan semangat kesukanan.

"Siapalah yang agaknya berjaya bawa pulang semua hadiah ni?"

Juara, dengan senyum lebar tanda puas hati.

Hamper dapat, hadiah individu pun dapat juga.

Naib juara futsal.

Pastikan semua dapat hadiah individu.

Antara hadiah individu, barangan utama ialah set alatulis berjenama & kualiti sebagai persiapan menjelang 2013.